NADI Satok

KUCHING, 1 November 2025 – Pertandingan E-Sukan NADI Musim 3 peringkat negeri Sarawak yang berlangsung di NADI Satok menyaksikan aksi sengit antara pasukan komuniti NADI dari seluruh Sarawak melalui permainan popular Mobile Legends: Bang Bang.

Sebagai tuan rumah, pasukan NADI Satok mempamerkan aksi konsisten dan membanggakan dalam tiga perlawanan yang berlangsung.

Program E-Sukan NADI Musim 3 bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi juga menjadi platform pengembangan bakat dan peningkatan kemahiran belia.

Salam penghargaan buat semua peserta yang telah berjuang dengan penuh dedikasi dan semangat kesukanan. Teruskan usaha dan semoga kejayaan terus mengiringi langkah anda di peringkat seterusnya.