NADI Satok

10 Mei 2025 – Seorang usahawan yang juga merupakan ahli NADI Satok telah menggunakan kemudahan di NADI Satok untuk menganjurkan kelas decoupage.

Kelas ini berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan dan telah dikendalikan dengan penuh profesionalisme oleh Puan Dyg Nornizam. Teknik yang diajarkan bukan sahaja menarik tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui kreativiti.

Kelas ini wajar dipuji kerana memberi impak besar dari segi pembangunan kemahiran dan pemerkasaan ekonomi komuniti setempat. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa NADI Satok berperanan penting sebagai pusat pembangunan usahawan yang aktif dan berdaya saing.