NADI Satok

Jumaat, 8 Ogos 2025 – Program NADI Mahir – Seorang peserta telah mengikuti Mahir Baiki Gajet Pengambilan Ke-2 bagi Minggu Ke-3. Sesi kali ini membincangkan tiga topik utama iaitu sejarah dan evolusi telefon pintar, komponen asas telefon pintar, serta jenis-jenis kerosakan yang sering berlaku. Peserta telah diberi penerangan terperinci mengenai perkembangan teknologi telefon pintar dari generasi awal sehingga terkini, pengenalan kepada bahagian-bahagian penting yang membentuk sebuah telefon pintar, serta cara mengenal pasti kerosakan berdasarkan simptom yang ditunjukkan.

Program ini berjalan dengan lancar dan memberikan pengetahuan yang lebih bermanfaat kepada peserta sebagai asas sebelum mempelajari teknik pembaikan secara praktikal pada minggu-minggu berikutnya.