NADI Satok

13 September 2025 (Sabtu) – NADI Satok telah menganjurkan Webinar Berkala Matematik Edisi 3 di bawah Program Khas NADI Dilea. Program ini memberi tumpuan kepada topik Algebra dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan bagi meningkatkan kefahaman serta keyakinan pelajar.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap Matematik melalui kaedah pembelajaran yang lebih menarik, selain membimbing mereka dengan contoh, latihan, serta tips cepat dalam menyelesaikan masalah Algebra. Sepanjang sesi, para peserta diberikan peluang untuk mencuba soalan secara langsung sambil dibimbing oleh tenaga pengajar.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar yang hadir, dengan penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Diharapkan usaha berterusan ini akan terus membantu pelajar menguasai Matematik dengan lebih yakin dan berkesan.

#NADISatok#DILEA#WebinarMatematik#Edisi3