NADI Satok

25 Oktober 2025 (Sabtu) – NADI Satok melalui Program Khas NADI Dilea telah menganjurkan Webinar Berkala Matematik Edisi Ke-4 yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam topik Matematik secara interaktif. Program ini merupakan kesinambungan daripada edisi-edisi sebelumnya yang bertujuan membantu pelajar memahami konsep asas Matematik dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Sepanjang sesi, peserta terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran atas talian, termasuk latihan dan kuiz yang dijalankan secara langsung bersama tenaga pengajar. Pendekatan dua hala ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan, malah turut membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan soalan dengan pantas dan tepat. Program ini mendapat sambutan positif daripada peserta yang menunjukkan minat tinggi serta komitmen sepanjang sesi dijalankan.