NADI Satok

Sabtu, 2 Ogos 2025 – Seorang pelajar daripada program Tiny Techies telah menyertai Bengkel Micro:bit & Robotik yang dijalankan secara dalam talian di NADI Satok pada hari ini.

Bengkel ini memberi pendedahan asas tentang pengaturcaraan Micro:bit dan teknologi robotik secara interaktif, meskipun berlangsung dalam format maya. Pelajar didedahkan dengan cara mengendalikan komponen asas Micro:bit, logik kawalan serta konsep asas robotik melalui panduan secara langsung dari fasilitator bengkel.

Program ini dianjurkan sebagai usaha untuk memperkasakan pembelajaran digital dan kemahiran STEM dalam kalangan pelajar muda, seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21.