NADI Satok

Tarikh: 20 Disember 2024
Lokasi: SMK Singai, Bau

Pada 20 Disember 2024, Booth NADI Kluster Bau & Kuching telah dibuka di SMK Singai sempena Majlis Penganugerahan dan Apresiasi SMK Singai 2024. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan untuk memberikan manfaat kepada pelajar dan pengunjung, antaranya:

  1. Pendaftaran Ahli: Pelajar dan pengunjung berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan pintar.
  2. Saringan Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk memastikan kesejahteraan semua pengunjung.
  3. MyDigital ID: Pengunjung berkesempatan untuk mendapatkan MyDigital ID, yang memudahkan akses kepada perkhidmatan digital kerajaan.
  4. Mempromosikan 5 Perkhidmatan Pintar NADI: Pengenalan kepada perkhidmatan pintar yang disediakan oleh NADI untuk kemudahan masyarakat.