9 Jun 2025 – Dua orang peserta telah menyertai taklimat keselamatan siber yang diadakan di NADI Satok, melibatkan dua modul utama iaitu NADI X KESEDARAN : Perisian Merbahaya dan NADI X KESEDARAN : Laman Web Berbahaya.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman digital yang semakin canggih, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna biasa bagi melindungi diri mereka di alam maya.
Pihak penganjur turut menekankan kepentingan melaporkan sebarang insiden siber melalui Cyber Crime Reporting Line (1300-88-2999) atau talian kecemasan siber (60192665850).
Program ini merupakan inisiatif berterusan NADI Satok dalam mendidik komuniti agar menjadi pengguna bijak dan selamat di alam digital. Diharapkan semangat yang ditunjukkan oleh peserta ini dapat menjadi contoh kepada yang lain.