NADI Satok

4 Oktober 2025, Kuching – Program Taklimat Cashless Society bersama Komuniti Madani Kampung Kudei N.8 Satok telah berjaya dilaksanakan di NADI Satok.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam urusan harian, selaras dengan perkembangan ekonomi digital negara.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Puan Nurul Ain binti Aidil, Pegawai dari Jabatan Penerangan Bahagian Kuching serta Ketua Kampung, Kampung Kudei yang turut bersama memeriahkan program ini. Puan Nurul Ain juga berkongsi dan mengedarkan brosur serta risalah Jabatan Penerangan kepada para peserta.

Program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan aplikasi e-wallet dan perkhidmatan perbankan digital yang semakin penting dalam kehidupan harian.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan adaptasi teknologi kewangan digital sekaligus menyokong agenda pendigitalan negara ke arah Malaysia Madani.

GAMBAR PROGRAM DI SINI