28 Mei 2025 – Seramai 15 orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) N8 Satok telah menghadiri sesi taklimat Program Sejati Madani yang diadakan di NADI Satok hari ini.
Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan mengenai inisiatif Geran Sejati Madani di bawah seliaan (SDO) Sarawak, yang menyasarkan pelaksanaan program ekonomi komuniti bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Dalam sesi berkenaan, Penolong Pengurus NADI Satok, Encik Azizi turut menyampaikan penerangan mengenai peranan dan manfaat Pusat NADI kepada komuniti. Beliau menjelaskan bahawa NADI berfungsi sebagai pusat akses digital dan pembangunan komuniti yang menyokong pelbagai program latihan dan keusahawanan tempatan.
Taklimat ini diharap dapat memperkukuh usaha JKKK dalam merancang dan melaksanakan projek berimpak tinggi demi kemajuan komuniti setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.