
Sepanjang bulan Jun 2025, pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan di NADI Satok di bawah inisiatif Smart Services Operators (SSO).
Jadual penuh program melibatkan pengisian bermanfaat yang merangkumi pembangunan komuniti, literasi digital, keusahawanan, serta aktiviti kemahiran dan kesejahteraan masyarakat. Aktiviti dijalankan secara fizikal dan dalam talian, mengikut kesesuaian peserta dan jenis program.
Program ini terbuka kepada semua dan diharap dapat memberi impak positif dalam pembangunan kapasiti digital komuniti setempat.