21 Jun 2025 – Seorang peserta telah menyertai webinar Kid Venture yang bertajuk “Pelan Perniagaan Pertama Saya” pada hari ini.
Webinar ini dikendalikan oleh Puan Fauziah Sirat, seorang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang keusahawanan kanak-kanak. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada konsep asas dalam membina pelan perniagaan serta langkah awal memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif NADI Satok dalam menyemai semangat keusahawanan sejak usia muda, seiring dengan matlamat NADI Keusahawanan untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran kreatif dan berdaya saing.
Program seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia perniagaan serta membina keyakinan mereka untuk bergiat aktif dalam bidang ini pada masa akan datang.