NADI Satok

25 Januari 2026, Kuching – Program MAHIR NADI Satok memasuki minggu ke-2 dengan perkembangan yang sangat memberangsangkan apabila para peserta menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk menghadiri kelas secara konsisten dan hadir secara fizikal di NADI Satok.

Sepanjang minggu kedua ini, peserta bukan sahaja hadir mengikut jadual yang ditetapkan, malah turut memberi kerjasama penuh dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Kehadiran yang konsisten ini membuktikan kesungguhan peserta dalam meningkatkan kemahiran diri serta memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran yang disediakan melalui program MAHIR.

Diharapkan momentum positif ini dapat diteruskan sehingga ke minggu-minggu seterusnya, sekali gus melahirkan peserta yang berkemahiran, berpengetahuan dan bersedia untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan kerjaya masing-masing.