17 Mei 2025 – Dua peserta dari kelas 8 telah mengikuti NADI Mahir Jahit bagi minggu ke-13 yang berlangsung di NADI Satok. Modul pembelajaran minggu ini memberi tumpuan kepada teknik Memotong Kurung Pesak dan Kain Susun, satu kemahiran asas penting dalam pembuatan busana tradisional.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada cara-cara memberi basi pada pola baju kurung pesak. Mereka turut mempelajari kaedah menyusun pola pada pelbagai jenis fabrik termasuk fabrik kosong, fabrik bercorak, fabrik batik atau sutera, serta fabrik dengan bidang 60 inci. Latihan ini bertujuan memastikan peserta dapat memahami susunan pola yang betul mengikut jenis kain bagi menjamin potongan yang kemas dan jimat penggunaan kain.
Kelas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk membangunkan kemahiran jahitan dalam kalangan komuniti setempat, selaras dengan objektif program NADI Mahir Jahit.