24 Mei 2025 – kelas jahitan minggu ke-14 telah berlangsung dengan fokus kepada teknik menjahit baju kurung pesak. Seramai dua orang peserta NADI Satok hadir bagi mengikuti sesi ini yang dijalankan dalam suasana kondusif dan interaktif.
Kelas ini bertujuan memperkukuh kemahiran menjahit pakaian tradisional Melayu dalam kalangan peserta, khususnya teknik menyambung pesak yang memerlukan ketelitian dan kemahiran asas menjahit yang baik. Peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi.
Program diteruskan dalam minggu-minggu berikutnya dengan modul yang lebih mencabar bagi melahirkan peserta yang berkemahiran dan berdikari dalam bidang jahitan.