NADI Satok

21 Jun 2025, Dua orang peserta daripada program NADI Mahir Jahit Intake 1 dari kelas 8 telah berjaya menamatkan kelas mereka di NADI Satok, menandakan berakhirnya sesi latihan jahitan yang telah mereka ikuti dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Peserta yang dimaksudkan ialah Puan Rabi’atul Sabarina Wasali dan Puan Rabiatul Adawiyah Wasali, dua adik-beradik yang telah menunjukkan kesungguhan luar biasa sepanjang tempoh pembelajaran. Mereka bukan sahaja hadir dengan penuh disiplin, malah aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran, termasuk latihan praktikal menjahit, memahami corak pakaian asas dan menghasilkan produk siap.

Pihak NADI Satok merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas kejayaan Puan Rabi’atul Sabarina dan Puan Rabiatul Adawiyah serta berharap kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan mereka, khususnya dalam menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi diri dan keluarga.

Program NADI Mahir Jahit akan diteruskan dengan pengambilan seterusnya dalam usaha memperluas peluang pembelajaran kemahiran kepada komuniti tempatan. NADI Satok kekal komited dalam menyokong pembangunan kapasiti masyarakat melalui inisiatif pendidikan sepanjang hayat dan latihan kemahiran.