Tarikh: 14 Mac 2025 Masa: 3:00 PM – 4:00 PM Lokasi: Google Meet di NADI Satok |
14 March 2025, Minggu 6 – Dua peserta dari kelas 8 Mahir Jahit telah mengikuti aktiviti menjahit apron. Para peserta telah menjahit apron mengikut teknik yang telah dipelajari dan turut diberi peluang untuk mereka cipta apron mengikut kreativiti masing-masing. Sepanjang aktiviti ini, mereka telah merakamkan gambar dari proses pemotongan fabrik sehingga apron siap dijahit, serta gambar memakai apron yang telah dihasilkan. Semua gambar ini disimpan untuk tujuan penghantaran pada masa yang akan diberitahu kemudian.
Walau bagaimanapun, kelas Mahir Jahit akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada peserta untuk berehat dan membuat persiapan menjelang Hari Raya. Kelas akan bermula semula selepas Hari Raya.