| Tarikh: 18 Januari 2025 Masa: 3:00 PM – 4:30 PM Lokasi: Google Meet di NADI Satok |
Peserta dari NADI Satok telah menyertai Kelas Tiramisu Viral, di mana mereka mempelajari rahsia menghasilkan kek tiramisu yang lazat dan menarik. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam menghasilkan tiramisu yang enak dan viral dengan teknik-teknik terbaru. Penyertaan dalam kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran kulinari serta mencipta tiramisu yang pasti menjadi kegemaran ramai serta peluang memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Sesi langsung ini memberikan ilmu berharga untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjual kek Tiramisu.