NADI Satok

Khamis, 31 Julai 2025 – Program Mahir Jahit yang berlangsung di NADI Satok telah meneruskan sesi keempatnya dengan topik “Pengenalan Alatan Jahitan dan Penggunaan Mesin Jahit”.

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai jenis-jenis alatan jahitan serta cara penggunaan mesin jahit dengan betul. Melalui pendekatan teori dan praktikal, peserta berpeluang memahami fungsi setiap peralatan dan mengaplikasikannya dalam latihan sebenar.

Program ini merupakan salah satu inisiatif memperkasakan kemahiran komuniti tempatan, khususnya golongan wanita, dalam bidang jahitan sebagai potensi penjanaan pendapatan. Kelas dijalankan secara dalam talian dan terbuka kepada semua yang berminat untuk mempelajari kemahiran asas jahitan secara percuma.

Program Mahir Jahit akan diteruskan dengan pelbagai topik menarik dalam sesi-sesi berikutnya.