Khamis, 7 Ogos 2025 – Program NADI Mahir – Mahir Jahit Pengambilan Ke-2 bagi Minggu Ke-3 telah diadakan selama 1 jam 30 minit dan pada sesi pembelajaran kali ini memfokuskan kepada kemahiran asas iaitu cara mengambil ukuran dengan tepat, yang merupakan langkah penting sebelum proses memotong kain dan menjahit. Peserta telah diberi penerangan terperinci mengenai teknik mengukur mengikut jenis pakaian dan bentuk badan, diikuti latihan praktikal secara individu. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan memberikan kemahiran yang lebih bermanfaat kepada peserta untuk diaplikasikan dalam projek jahitan pada minggu-minggu berikutnya.