NADI Satok

KHAMIS, 21 OGOS 2025 – Peserta Mahir Jahit di NADI Satok telah memasuki Minggu 5 dengan fokus kepada aktiviti menggunting fabrik apron.

Dalam sesi ini, para peserta diberi pendedahan mengenai teknik asas mengukur dan menggunting fabrik mengikut pola yang telah ditetapkan. Latihan praktikal ini penting sebagai persediaan awal sebelum peserta meneruskan proses menjahit apron pada sesi seterusnya.

Sepanjang kelas, peserta menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menguasai kemahiran menggunting fabrik dengan betul, di samping mendapat bimbingan terus daripada tenaga pengajar.

Program Mahir Jahit terus menjadi platform berkesan untuk melatih komuniti dengan kemahiran jahitan yang praktikal serta berpotensi menjana pendapatan pada masa hadapan.