Isnin, 28 Julai 2025 – Seorang peserta Mahir Masak telah mengikuti kelas minggu kedua yang berlangsung di NADI Satok.
Kelas pada minggu ini memberi fokus kepada topik Mesin dan Peralatan, merangkumi pelbagai pengetahuan berkaitan penggunaan mesin serta perkakasan dapur yang lazim digunakan dalam industri kulinari. Turut ditekankan ialah aspek amalan kesihatan dan keselamatan, persediaan diri, serta etika pemakaian yang sesuai semasa berada di dapur.
Program Mahir Masak ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kemahiran yang bertujuan melahirkan individu berkemahiran dalam bidang masakan secara profesional serta berdaya saing di pasaran kerja atau keusahawanan.