NADI Satok

29 Januari 2026, Seramai 3 orang peserta dari NADI Satok telah menyertai Modul 3 (Minggu 3) bagi Program NADI MAHIR yang merangkumi Mahir Foto, Mahir Gajet dan Mahir Jahit.

Pelaksanaan modul ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran praktikal serta keupayaan peserta dalam bidang digital dan kemahiran teknikal, selaras dengan usaha memperkasa komuniti setempat melalui inisiatif NADI.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara berterusan serta memberi impak positif kepada pembangunan diri dan masyarakat.