28 Jun 2025 – Sebanyak 18 peserta telah menyertai Aromatherapy Soap Making Workshop yang berlangsung di NADI Satok hasil kerjasama strategik yang dikendalikan oleh Puan Nurhasmah Abang Sebli, seorang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang pembuatan sabun berasaskan bahan semula jadi.
Dalam bengkel ini, peserta diberi pendedahan tentang teknik asas menghasilkan sabun aromaterapi seperti Lavender Mint Soap, yang berfungsi untuk membantu mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan, serta Tea Tree Lemon Soap yang sesuai untuk kulit bermasalah.
Menurut Puan Nurhasmah, penggunaan bahan semula jadi seperti pati minyak aromaterapi bukan sahaja memberi manfaat kepada kulit, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan mental.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada inisiatif NADI Satok untuk memperkasa komuniti setempat melalui aktiviti kemahiran dan pembangunan ekonomi kecil.