
WEBINAR KESELAMATAN SIBER – NADI x Cybersecurity Lifelong Learning
Adakah anda sering menggunakan WiFi awam di kafe, pusat membeli-belah atau tempat awam? Tahukah anda bahawa penggunaan WiFi awam tanpa langkah keselamatan boleh mendedahkan data peribadi anda kepada risiko penggodaman?
Sertai Webinar Cara Gunakan WiFi Awam Dengan Selamat untuk mempelajari langkah-langkah penting melindungi maklumat peribadi ketika menggunakan internet di tempat awam.
Tarikh: 12 Mac 2026
Masa: 2.00 Petang – 3.30 Petang
Platform: LMS Cybersecurity
Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa
Apa yang anda akan pelajari:
– Risiko menggunakan WiFi awam
– Cara melindungi data peribadi anda
– Tips keselamatan semasa melayari internet
– Amalan keselamatan siber yang betul
Syarat Penyertaan:
Berdaftar sebagai Ahli NADI
Mempunyai akaun LMS Cybersecurity
Jika berminat untuk sertai program:
Admin – https://wa.me/601162635212