NADI Satok

KUCHING, MEI 2026 – NADI Satok telah melaksanakan Inisiatif Kerajaan di luar premis NADI bagi membantu komuniti setempat mendapatkan akses kepada perkhidmatan digital kerajaan, khususnya pendaftaran MyDigital ID dan platform AI untuk Rakyat.

Melalui inisiatif ini, petugas NADI Satok dapat membantu orang ramai dalam proses pendaftaran dan pengaktifan MyDigital ID serta memberikan panduan kepada komuniti untuk mengakses dan menggunakan platform AI untuk Rakyat. Bantuan secara bersemuka ini memudahkan peserta yang kurang mahir dengan penggunaan teknologi digital.

Inisiatif ini mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat kerana membolehkan mereka mendapatkan bantuan secara langsung tanpa perlu hadir ke NADI. Selain membantu memperluaskan penggunaan perkhidmatan digital kerajaan, inisiatif ini turut meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan identiti digital dan teknologi kecerdasan buatan dalam kehidupan seharian.

Pihak NADI Satok akan terus menyokong pelaksanaan inisiatif kerajaan melalui aktiviti turun padang bagi memastikan lebih ramai komuniti mendapat manfaat daripada kemudahan dan perkhidmatan digital yang disediakan.