Selasa, 29 Julai 2025 – Sebanyak empat orang peserta telah menyertai webinar kesihatan bertajuk “Tangani Serangan Jantung di Luar Hospital” yang berlangsung secara dalam talian di NADI Satok, pagi ini.
Webinar ini menampilkan Dr. Mohd Hatif bin Kamail, Pakar Kecemasan & Trauma dari Hospital Umum Sarawak, Kuching, sebagai penceramah jemputan. Dalam sesi yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Dr. Hatif telah berkongsi panduan penting tentang langkah awal yang perlu diambil sekiranya seseorang mengalami serangan jantung di luar hospital.
Antara topik yang dibincangkan termasuklah tanda-tanda awal serangan jantung, teknik bantuan kecemasan awal seperti CPR, serta kepentingan bertindak pantas sebelum ketibaan bantuan perubatan profesional. Para peserta juga berpeluang mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pakar.
Webinar ini disiarkan secara langsung melalui Google Meet serta disalurkan menerusi YouTube Live dan Facebook Live bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat mendapatkan manfaat ilmu kesihatan kecemasan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kesedaran kesihatan awam untuk meningkatkan pengetahuan komuniti terhadap tindakan segera dalam situasi kecemasan, khususnya berkaitan serangan jantung.