NADI Satok terus memainkan peranan aktif dalam penjagaan kesihatan komuniti setempat dengan menawarkan pemeriksaan saringan kesihatan asas secara percuma kepada orang ramai.
Program ini yang dijalankan hampir setiap hari memberi tumpuan kepada saringan tekanan darah dan pemeriksaan paras gula dalam darah, dua aspek penting dalam pengesanan awal masalah kesihatan. Komuniti sekitar amat dialu-alukan untuk hadir tanpa sebarang bayaran, menjadikannya antara inisiatif paling mesra rakyat di kawasan ini.
Selain itu, NADI Satok turut menyediakan pelbagai program sokongan kesihatan lain seperti Webinar, Podcast, Sesi Senaman (Exercise), dan Short Tips daripada pakar-pakar kesihatan yang berkongsi pelbagai topik menarik dan bermanfaat untuk kesejahteraan seharian.
Kehadiran orang ramai amat digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini dalam usaha menjaga dan memantau kesihatan secara berterusan. Inisiatif berterusan ini jelas mencerminkan komitmen NADI Satok dalam membangun komuniti yang lebih sihat dan peka terhadap penjagaan kesihatan sejak awal.