KUCHING, 13 OKTOBER 2025 – NADI Satok telah menganjurkan Program Jom Saring (Heart Screening) bertempat di premis NADI Satok dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
Program ini menawarkan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma kepada ahli NADI, merangkumi saringan kolesterol, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Turut serta dalam program ini ialah doktor bertauliah yang memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada peserta.
Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada MRIC Healthcare, yang memainkan peranan penting dalam penyediaan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas dari NADI Kota Sentosa dan NADI Batu Kawah atas bantuan dan sokongan mereka sepanjang program berlangsung.
Program ini berjaya menarik penyertaan ahli komuniti setempat dan diharap dapat diteruskan sebagai usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.