
Kuching, 13 Januari 2025 – Ahmad Hamizan bin Khalil, peserta yang mewakili NADI Satok telah menyertai Program Mahir Baiki Gajet Intake 3, melibatkan Modul 1: Pengenalan.
Sesi ini memberi fokus kepada pendedahan asas berkaitan bidang pembaikan gajet, termasuk pengenalan kepada peralatan, komponen utama serta pemahaman awal mengenai prosedur kerja yang selamat. Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan tahap penglibatan yang baik serta kesediaan untuk menimba ilmu baharu.
Pelaksanaan program ini merupakan salah satu usaha berterusan NADI Satok dalam memperkasa kemahiran digital dan teknikal komuniti setempat melalui latihan yang tersusun dan berfokus.