NADI Satok

7 September 2025 (Ahad)NADI Satok telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk ibu bapa, belia dan kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memasak, serta Pertandingan dan Kelas E-Sukan (Mobile Legends) yang mendapat sambutan hangat daripada golongan belia. Selain itu, usahawan tempatan turut mengambil bahagian dengan membuka gerai jualan produk masing-masing, sekaligus memeriahkan lagi suasana.

Program ini turut diserikan dengan Cabutan Bertuah yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung. Pelbagai hadiah menarik berjaya dimenangi, sekali gus menambah keterujaan dan keceriaan sepanjang program berlangsung.

Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, di samping menggalakkan interaksi komuniti setempat melalui aktiviti riadah, pendidikan, serta keusahawanan.

Kehadiran pengunjung yang ramai membuktikan program ini berjaya menjadi wadah penyatuan masyarakat, selain memberi peluang kepada bakat baharu dalam bidang masakan, kesenian dan juga e-sukan untuk diketengahkan.

Pihak NADI Satok turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk para peserta, usahawan, agensi yang membuka kaunter, sukarelawan serta seluruh komuniti yang hadir bagi menjayakan program ini. Sokongan padu yang diberikan telah menjadikan sambutan ini lebih bermakna dan penuh dengan semangat kebersamaan

#MerdekaDiNADI#NADimalaysia#nadisatok

NADI Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia