NADI Satok

Tarikh   : 8 Mac 2025
Masa     : 10.00 AM – 12.00 PM
Lokasi   : Google Meet di NADI Satok
Jumlah Peserta : 1 Orang

8 Mac 2025, Tiny Techies Workshop – PYTHON telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan remaja berumur 16 hingga 17 tahun di NADI Satok. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas pengaturcaraan Python, sekaligus mengasah kemahiran teknologi mereka.

Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta bukan sahaja mempelajari teknik pengekodan tetapi juga mengembangkan daya kreativiti serta inovasi dalam menyelesaikan masalah. Program ini turut memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan teknologi dalam era digital, seterusnya meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk masa depan yang lebih gemilang.