NADI Satok

18 Mei 2025 – Seorang pelajar sekolah rendah berpeluang mempelajari asas pengaturcaraan secara interaktif melalui program Tiny Techies: Micro:bit with MakeCode yang berlangsung di NADI Satok. Program ini menggunakan platform MakeCode bagi memperkenalkan konsep pengaturcaraan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Antara manfaat yang diperoleh termasuk meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, menyemai minat terhadap bidang teknologi serta membina keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah melalui pendekatan kreatif dan inovatif.