NADI Satok

20 Jun 2025 – Seorang peserta telah menyertai Webinar NADI x CyberSecurity bertajuk “Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak” yang berlangsung secara maya dan turut disiarkan di NADI Satok.

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang potensi risiko keselamatan siber yang dihadapi oleh kanak-kanak ketika bermain permainan dalam talian. Antara topik yang dibincangkan termasuk ancaman siber seperti penyamaran identiti, buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai serta ketagihan permainan.

Melalui sesi interaktif bersama pakar daripada agensi keselamatan siber negara, peserta didedahkan kepada langkah-langkah perlindungan, pemantauan aktiviti digital anak, serta pendekatan mendidik anak-anak agar menjadi pengguna internet yang bijak dan beretika.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan NADI Satok dalam memupuk kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti setempat.